Aku rasa hidup aku bosan, buat masa sekarang. Sampai kadang-kadang tu aku rasa tak sabar-sabar nak masuk tidur, sebab 1st, aku nak bermimpi dan 2nd, aku nak mahu masa berjalan dengan cepat. Yelah kalau tidur bukan kita sedar waktu sedang bergerak pon. Kadang-kadang tuh, aku bosan sangat, sampai aku merapu berangan yang bukan. Mimpi, tak payah cakap. Merapu tahap alep.
Aku tahu,dan aku sedar yang sebenarnya aku sengaja carik alasan untuk procrastinate.
Procrastinate apa? aa itu yang kita tak tahu (terpengaruh sangat ni). Aku tahu sebenarnya, dan aku teramat sedar akan consequence bermalasan dan still, aku masih tak berganjak daripada laptop. Aku malas. Aku tak bersemangat. Aku.. entahlah...
macam bodohkan!!
Kadang kadang aku tak tahu apa yang aku sedang fikir. Duduk diam. Termenung sampai 30 minit. Kalau mood gatal aku datang, aku pon seronoklah layan angan-angan masa depan aku bersama lelaki yang tak berkepala, pergi shopping, kahwin kat garden, ewah, siap dapat hadiah sebijik mini cooper.
Penatlah aku kena fikir waras. Ikutkan hati gila nak je aku meroyan lima minit, tak pon pengsan bila tengah makan, barulah ada kelainan sikit. Nak2 kalau buat depan orang ramai. memang dapat title drama melayu. kan bagus kalau rasaksa tiba-tiba datang serang USM tak pon hujan turun meatball, nasik lemak pon ok gak, burger mamu special pon boleh tahan.
Aku mengeluh lagi, mengeluh apa? yang tuh memang aku tak tahu. Kan bagus kalau hati dan perasaan tu mudah untuk dibaca, senang untuk dirawat.Tapi hati aku tak tercalar pon, cuma entahlah, macam ada sakit pulak. pergi jumpa pakar sakit jiwa. Haih, aku benci tau bila aku tahu aku sedang mengeluh. Aku rasa macam nak hempuk kepala, sambil ludah kat muka sendiri. bila mengeluh nampak sangat macam aku tak bersyukur. nak kata masalah banyak, tak ada sangat pon.
masalah family? entah, sihat je mak aku, adik, nenek, makcik semua.
masalah cinta? jangan harap
masalah pelajaran? bukan salah aku yang tak faham, lecturer yang complicated sgt, macam si Ah Kim
masalah kesedaran kot. macam bodohlah entri aku nih. bodoh, bodoh, buduh.
lantaklah entri aku nih berbaur kebodohan, sebab ni blog aku. aku da lama teringin nak tulis isu bernada serious, macam magenta yang aku setia menjadi silent readernya takpon macam si mantot dengan pemikiran radikalnya. tapi tulah, pengalaman tak cukup lagi kot nak tulis hebat hebat macam dorang.
takpon bakat menulis tu tak cukup hebat.
satu lagi exam, lepas tu aku bakal declare satu semester yang bosan, dan sunyi, dan serabut sudah tamat. aku nak tidur lena-lena. besok pagi, bila hujan dah berhenti aku harap salji pulak yang turun.
